Pencemaran SIsa Kimia di Sungai Kim Kim

Hasil Nukilan Mohamad Muhaimi Bin Ibrahim Luminous

PENCEMARAN SISA KIMIA SUNGAI KIM KIM

13 Mac 2019 menjadi satu lagi detik hitam dalam sejarah Malaysia khususnya bagi pengurusan alam sekitar negara. Pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang perlu dianggap sebagai satu peristiwa yang serius dan dijadikan pengajaran bagi masa hadapan.

Sebelum mengulas lebih lanjut, berikut adalah ringkasan kronologi peristiwa hitam tersebut:

13 Mac: 111 sekolah di daerah Pasir Gudang diarah tutup. Sejumlah 947 orang dirawat. 9 orang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI. Kerajaan Nege melului Johor meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta sebagai bantuan segera untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kepada mangsa dan keluarga serta kakitangan keselamatan yang terdedah dengan bahaya pencemaran itu. Tiga orang termasuk dua pemilik kilang ditahan.

14 Mac: 12.00 p.m, 2,775 orang awam dilaporkan menerima rawatan. 7 dirawat di ICU. 92 tadika dan taska juga ditutup bagi mengelakkan peningkatan jumlah mangsa. 51 laporan polis diterima berhubung kes pencemaran bahan kimia. Sultan Johor berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta.

Dalam isu ini, ramai yang mempersoalkan bagaimana hal sedemikian boleh terjadi? Apa langkah yang telah diambil oleh pihak bertanggungjawap? Serta apakah penambahbaikan yang harus dilakukan bagi mengelakkan kejadian sama berulang dimasa hadapan?

Satu pelan tindakan reaktif yang cukup baik daripada pihak bertanggungjawap telah dilaksanakan dalam peristiwa ini. Sebagai contoh, peruntukan dana kecemasan, penahanan pihak yang disyaki terlibat, langkah mitigasi dengan penutupan sekolah-sekolah berdekatan, Jabatan Alam Sekitar melakukan analisis segera ke atas sampel air dari Sg Kim Kim bagi mengenalpasti punca dan sebagainya. Tetapi, apakah negara kita akan terus kekal dengan tindakan reaktif yang baik? Perlu ditekankan juga adalah langkah proaktif daripada pihak bertanggungjawab.

Pengumuman tegas oleh menteri untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 disambut baik oleh semua. Sumbangan idea oleh pihak berkepentingan dan para pakar akademik amat dialu-alukan dalam menggubal akta baharu ini supaya ia menjadi senjata dan perisai yang kuat untuk kita membela nasib alam sekitar kita. Harus diingat, undang-undang sahaja tidak mampu untuk mencegah daripada insiden ini berulang. Jabatan Alam Sekitar harus mempersiapkan para pegawainya untuk membuat pemantauan berkesan yang kerap serta bertindak terhadap laporan pencemaran serta melakukan pemeriksaan susulan.

Dari satu sudut lain, penyebaran maklumat berkenaan peristiwa ini harus diteliti. Dengan arus media sosial pada ketika ini, penyebaran berlaku tanpa mengira ketepatan sesuatu maklumat. Mengambil iktibar dari penyebaran peristiwa ini, tahap keseriusan pencemaran menjadi tanda tanya apabila terlalu banyak gambaran yang disebarkan masyarakat. Malah ada yang melontarkan infomasi yang ditokok tambah untuk kepentingan diri. Hal ini mencetuskan panik dalam kalangan penduduk setempat dan mendorong mereka ke arah pelan tindakan yang kurang tepat.

Hal-hal berkaitan keselamatan harus diambil perhatian serius oleh semua pihak. Hari ini mungkin di Sungai Kim Kim. Barangkali esok hanya di depan mata kita.

“Safety Doesn’t Depend On LUCK, It depend On YOU!”

Mohamad Muhaimi Bin Ibrahim

Luminous, Imperius