Imperius merupakan gabungan Imperium dan Sirius. Imperium yang berasal dari perkataan Rome lama bermaksud kuasa tertinggi manakala Sirius pula membawa maksud bintang yang paling terang atau bersinar. Gabungan perkataan ini membawa maksud sebuah kuasa yang bersinar selaras dengan batch Imperius yang berkuasa dan sentiasa menyinar.
Sayap di kiri dan kanan perkataan Imperius bermaksud impian dan cita-cita peserta DPA 19 yang tinggi. Enam bilah sayap pula membawa maksud A.K.S.A.R.A iaitu Attitude, Knowledge, Skill, Adaptibility, Resilience dan Agility.
Makhota yang mempunyai lima bucu melambangkan lima sidang bagi batch Imperius iaitu Destarius, Infinitus, Luminous, Proxima dan Gladius.
Padi pula melambangkan perpaduan di antara semua peserta walaupun datang daripada latar belakang yang berlainan.
VISI
Menjadi kadet yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah yang mendukung prinsip A.K.S.A.R.A
MISI
Melahirkan Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang unggul dan berdaya saing di dalam perkhidmatan awam dan memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.
MOTTO
To be the best of the best