Dasar Keusahawanan Nasional 2030

Hasil Nukilan Rafiqin Iman Ramlan Gladius

Pengalaman modul Strategic Partneship Programme (SPP) ini melibatkan pengalaman kami dari Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang terlibat secara langsung melancarkan Dasar Keusahawanan Negara 2030 (DKN2030). Dasar ini dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri kita pada 11 Julai 2019. Dasar ini diperkenalkan sebagai satu panduan yang menyeluruh untuk pembangunan usahawan di Malaysia. Dasar ini adalah julung kalinya Malaysia mempunyai dasar yang mengkhususkan dasar kepada sektor keusahawanan.

Antara pengalaman yang dapat dikutip adalah menjadi Liason Officer (LO) dan juga usher untuk pihak kenamaan yang hadir ke pelancaran. Usher perlu memastikan semua kerusi yang sudah diletakkan tagging perlu dihafal kedudukannya agar dapat mengiring orang yang ke tempatnya dengan pantas dan tepat. Tagging juga perlu merujuk kepada Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan antarbangsa (BIUPA) agar tagging adalah mengikut kekananan yang betul. LO juga berkesempatan untuk menjadi LO orang – orang kenamaan. Selain itu, proses raptai juga memberi kesan kepada kami yang terlibat. Mentaliti do it right the first time atau mementingkan kesempurnaan dalam sesebuah majlis amat penting untuk PTD.

Di samping itu, crisis management semasa acara juga pengalaman yang sangat penting untuk dikutip. Sebagai contoh, free seating tidak mencukupi kerana kehadiran sangat memberansangkan. Jadi sebagai PTD, anda perlu melakukan inisiatif sendiri untuk memberitahu kepada pihak yang berwajib untuk membuka satu section yang baru untuk menampung jumlah kehadiran yang hadir pada pelancaran. Cara menjawab soalan, bertanyakan soalan juga perlu dilakukan dengan penuh diplomasi dengan para peserta dan kenamaan yang hadir.

Akhir kalam, pengalaman terlibat dalam pelancaran dasar baharu negara ini memberi satu pengalaman yang tak boleh dilupakan kepada kami. Segala input yang diperoleh dalam acara pelancaran ini diharap dapat mematangkan kami dalam menguruskan satu acara yang besar seperti pelancaran dasar negara ini di masa hadapan.