Pengalaman Modul Strategic Partnership Programme (SPP)

Hasil Nukilan Nasrul Rahman Ghazali Proxima

Sepanjang penempatan di Bahagian Dasar dan Inspektorat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan saya telah di berikan pelbagai pendedahan oleh pihak bahagian dan Penyelia Lapangan Puan Zawani Razali mengenai urus tadbir dan fungsi bahagian secara keseluruhan. Pada penempatan SPP Siri 2 ini peserta adalah di tempatkan di Cawangan 2, iaitu Unit Smart City. Di antara peranan utama unit Smart City adalah untuk:

1) Menyelaras dan memantau pelaksanaan Smart City, dan Kajian Smart City di Malaysia;

2) Menghadiri mesyuarat berkaitan Smart City;

3) Memantau pelaksanaan ASEAN Smart City Network (ASCN) dan mesyuarat berkaitan;

4) Urus setia bersama Malaysian Industry – Government Group for High Technology (MIGHT) bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Sustainable City Development;

5) Menyelaras, menyemak dan menyediakan ulasan Jemaah Menteri / maklum balas / nota intervensi terhadap Smart City dan ASCN; dan

6) Menyelaras dan menyediakan teks ucapan / isu substantif untuk pengurusan tertinggi, menghadiri Forum / Seminar dan Persidangan berkaitan Smart City.

Penglibatan Peserta SPP Siri 2 di Bahagian Dasar dan Inspektorat, KPKT

Sepanjang penempatan di bahagian ini peserta Program DPA INTAN 2019 telah diberikan peluang untuk terlibat secara langsung di dalam beberapa sesi libat urus dan bengkel yang di anjurkan oleh pihak kementerian dan pemegang taruh yang lain berkenaan inisiatif dan pembangunan Smart City di Malaysia. Di antara aktiviti yang di hadiri adalah, Bengkel Pemantapan Rangka Kerja 5G Bersama Kementerian dan Pihak Berkepentingan (Smart City), pada 27 Jun 2019 di Kementerian Komunikasi dan

Multimedia Malaysia anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Bersesuaian dengan tajuk kajian lapangan yang di berikan iaitu berkaitan dengan Smart City dan Data Privasi, peserta telah di tempatkan di dalam kumpulan Smart City dan diberikan peluang untuk berinteraksi dengan pemegang taruh yang terlibat dengan pembangunan Smart City seperti Jabatan Pemetaan Malaysia (Jupem), Plan Malaysia, Perbadanan Putrajaya dan juga beberapa syarikat swasta yang terlibat dalam pembangunan dan inisiatif Smart City di Malaysia.

Selain itu peserta juga di berikan peluang untuk bersama-sama pegawai Bahagian Dasar dan Inspektorat KPKT untuk menghadiri Bengkel Penyediaan Kertas Strategi Rancangan MalaysiaKedua Belas – “Digitalising Malaysian Economy” pada 10 Julai 2019 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia selama sehari. Bengkel ini adalah bertujuan untuk merangka input yang boleh di jadikan sebagai teras utama kepada Rancangan Malaysia ke-12. Peserta telah di berikan peluang untuk menyumbang idea dan bertukar-tukar buah fikiran dengan beberapa wakil kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Wilayah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan sebagainya bagi merangka rangcangan lima tahun dari sudut pembangunan Digital Economy dan Smart City. Bengkel ini adalah di kelolakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai sekretariat utama.

Di samping itu, di peringkat kementerian peserta juga telah di berikan peluang untuk terlibat dengan Sesi Libat Urus Bagi Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia. Sebagai sebuah kementerian yang menerajui inisiatif Smart City di Malaysia, sesi ini telah di hadiri oleh 30 wakil kementerian, jabatan dan agensi yang terlibat. Sebagai bakal penjawat awam, peserta mendapati bahawa sesi ini adalah bermanfaat untuk mengetahui setiap peranan dan fungsi pihak yang berkepentingan lain dalam inisiatif ini.

Secara kesimpulannya, program SPP adalah merupakan pendedahan awal kepada Peserta Program DPA INTAN 2019 untuk mengenal dengan lebih baik  mengenai fungsi dan peranan di kementerian dan agensi yang telah di tempatkan. Secara peribadi orientasi dan gaya pembelajaran yang di terapkan sepanjang mengikuti modul – modul lain seperti bekerja dalam satu kumpulan, sesi brainstorming, pembentangan dan sebagainya telah berjaya di aplikasikan oleh peserta semasa megikuti modul SPP di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan telah memberikan impak dan sumbangan kepada bahagian yang telah di tempatkan.